Punca dan ciri-ciri Kemerosotan demokrasi

Populisme

Pippa Norris dari Harvard Kennedy School dan University of Sydney berhujah bahawa dua "kuasa" akan menimbulkan ancaman terbesar kepada demokrasi liberal Barat iaitu " serangan pengganas yang merosakkan perasaan keselamatan, dan juga kebangkitan populis-autoritarian yang mengeksploitasikan ketakutan dan kebimbangan awam." [12] Norris mentakrifkan populisme sebagai gaya pemerintahan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Penekanan kepada rhetorik "kuasa politik yang sah adalah berdasarkan kedaulatan rakyat dan pemerintahan majoriti";
  2. Menolak dan mencabar terhadap kesahihan, pemegang "kuasa politik, budaya, dan ekonomi" yang wujud;
  3. Kepimpinan oleh "maverick outsiders" yang mengetengahkan idea "bercakap untuk vox populi dan berkhidmat kepada rakyat biasa." [12]

Sebagai contoh, Norris berhujah bahawa Donald Trump memanfaat daripada ketidakpercayaan rakyat terhadap kumpulan elit dan dia sering melemahkan kesahihan media dan kebebasan mahkamah . [12]

Ketidaksamaan ekonomi dan ketidakpuasan masyarakat

Ramai sarjana ekonomi politik, seperti Daron Acemoglu dan James A. Robinson, telah membuat kajian terhadap kesan ketidaksamaan pendapatan terhadap keruntuhan demokrasi. [13] Kajian keruntuhan demokrasi menunjukkan bahawa ketidaksamaan ekonomi adalah jauh lebih tinggi di negara-negara yang akhirnya bergerak ke arah model yang lebih autoritarian. [14] Sebagai contoh, Hungary mempunyai populasi besar yang menganggur dan berpendidikan rendah tidak berpuas hati dengan tahap ketidaksamaan yang tinggi, terutamanya selepas krisis kewangan 2007–2008 . Viktor Orbán melihat ketidakpuasan hati sebahagian besar penduduk ini sebagai peluang, dan menggunakan retorik nasional-populis untuk memenangi sokongan rakyat. [15]

Personalisme

Sebuah kajian pada tahun 2019 mendapati bahawa personalisme mempunyai kesan negatif terhadap demokrasi di Latin Amerika. Berdasarkan kajian ini, "presiden yang memimpin part yang lemah dan tidak teratur lebih cenderung untuk menumpukan kuasa, melemahkan akauntabiliti, dan mengabaikan kedaulatan undang-undang berbanding presiden yang mengetuai parti yang mempunyai struktur yang jelas dan birokrasi yang kuat." [16]

Covid-19

Terdapat banyak kerajaan di seluruh dunia menangguhkan atau membatalkan pilihan raya disebabkan oleh Covid-19 dan ini mengakibatkan wabak COVID-19 melemahkan pengamalan demokrasi. [17] [18]

Menurut kepada Institut V-Dem, hanya 39% daripada semua negara

tidak melakukan sebarang atau melakukan pelanggaran kecil terhadap amalan demokrasi sebagai tindak balas kepada COVID-19. [19] Walaupun demokrasi telah mengalami kemerosotan sebelum pandemik Covid-19, namun, pandemik ini masih merupakan faktor ketara yang mengakibatkan kemerosotan demokrasi. [20]

Politik kuasa besar

Peralihan kuasa besar telah menyumbang kepada kemerosotan demokrasi dengan penyebaran autoritarianisme dalam dua cara: "Pertama sekali, kebangkitan kuasa besar autokratik menyebabkan gelombang autokrasi yang didorong oleh pengaruh dan kepentingan diri negara lain mahupun kekaguman, seperti dalam gelombang fasis tahun 1930-an atau gelombang komunis pasca 1945. Kedua, kebangkitan hegemoni budaya demokrasi membawa kepada gelombang pendemokrasian secara mendadak, tetapi gelombang ini tidak dapat tidak berkekalan, kerana ia ideologi demokrasi tidak disemai secara mendalam." [21]

Ciri Autoritarian

Profesor Jessica Stern dan ahli psikologi politik Karen Stenner mendapati bahawa "persepsi ancaman sosiobudaya" (seperti peningkatan kepelbagaian etnik, toleransi terhadap golongan LGBT ) adalah lebih ketara dalam menjelaskan bagaimana demokrasi berubah menjadi autoritarian berbanding dengan ketidaksamaan ekonomi (walaupun ia termasuk ancaman ekonomi seperti globalisasi dan peningkatan kemakmuran kumpulan etnik lain). [22] Mereka mengatakan bahawa kira-kira satu pertiga daripada penduduk di negara-negara Barat cenderung untuk memihak kepada homogeniti, ketaatan, dan pemimpin yang kuat berbanding kepelbagaian dan kebebasan.

Polarisasi, maklumat salah, perleluasaan dan pelbagai faktor

Laporan Demokrasi Tahunan 2019 yang diterbit oleh Institut V-Dem di Universiti Gothenburg mengenal pasti tiga cabaran yang dihadapi oleh demokrasi sedunia: "(1) Manipulasi kerajaan terhadap media, masyarakat, undang-undang dan pilihan raya"; (2) peningkatan keregangan dalam hubungan antarabangsa ataupun "polarisasi", yang membahagikan masyarakat kepada kem-kem bermusuhan. Fenomena ini mengurangkan sikap saling menghormati antara negara, mengurangkan pengesahan maklumat dan penglibatan masyarakat dalam politik; dan (3) kempen penyebaran makluma palsu, terutamanya digital, dan kebanyakannya menjejaskan Taiwan, Amerika Syarikat, dan negara bekas blok Soviet seperti Latvia . [23]

Menurut Suzanne Mettler dan Robert C. Lieberman, empat faktor kemerosotan demokrasi ialah Polarisasi politik, perkauman dan nativisme, ketidaksamaan ekonomi, dan kuasa eksekutif yang melampau. [24] [25] [26] Stephen Haggard dan Robert Kaufman menyerlahkan tiga punca utama kemerosotan demokrasi: "kesan polarisasi yang memudaratkan; penggubalan undang-undang yang memanfaatkan kuasa autokratik; dan tindakan yang memecah belahkan pembangkang." [27] Sebuah kajian telah dijalankan pada tahun 2022untuk mengkaji hubungan antara polarisasi dan sokongan kepada ahli politik tidak berdemokratik. [28]

Rujukan

WikiPedia: Kemerosotan demokrasi http://www.politico.eu/article/democratic-backslid... http://www.demdigest.org/democratic-backsliding-ha... http://journalofdemocracy.org/sites/default/files/... http://worldcat.org/oclc/1155487679 https://reader.foreignaffairs.com/2020/08/10/the-f... https://foreignpolicy.com/2021/02/11/capitol-insur... https://books.google.com/books?id=e5WRDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=6REC58gdt2sC&pg=... https://www.vox.com/the-big-idea/2017/2/21/1466456... https://www.washingtonpost.com/politics/2020/08/14...